Wednesday, November 2, 2005

Salam Lebaran...

Sempena minggu terakhir kita berpuasa ini, Mr Runner ingin mengucapkan SELAMAT HARI RAYA AIDILFITRI...Maaf Zahir Dan Batin kepada seluruh umat Islam di Malaysia...
Tidak dilupakan juga kepada rakan² seperjuangan sejak dari sekolah dulu iaitu Sekolah Kebangsaan Jejawi dan Sekolah Menengah Kebangsaan Arau..Tidak dilupakan juga kepada alumnai² Unitar @ UniRAZAK Alor Setar serta warga kerja disana...
Saya menyusun 10 jari memohon ampun dan maaf sekiranya ada terkasar bahasa, terkutuk, terngumpat serta perbuatan yang tidak disenangi korang semua...
Diharap hari lebaran yg mulia nanti dapat menyatukan kita semua dalam keadaan yang harmoni dan aman damai....

2005 yang penuh dengan kenangan suka dan duka..
Mr Runner membuka blog ni sekadar nak tunjuk koleksi kereta mainan Mr Runner yg dah lama dikumpul sejak sekolah lagi...
Bila tinggal kat Alor Setar ni,Mr Runner belum jumpa plak kawan² yang sama minat dengan Mr Runner,mungkin zaman ni masih ramai yg minat kumpul setem..
Tak pa lah,harap satu hari nanti hobi mengumpul kereta mainan ni menjadi semakin berkembang dan Mr Runner yakin akan jumpa ramai rakan sehobi suatu hari nanti..

No comments:

Post a Comment