Monday, December 31, 2012

Matchbox - Ford Police Interceptor (5 Pack)

Di kesempatan ini, Mr Runner ingin mengucapkan Selamat Tahun Baru 2013... Semoga azam 2013 lebih bermakna dan tercapai berbanding 2012... Mr Runner juga ingin mengucapkan jutaan terima kasih kepada para follower yang selalu mengikuti dan menyokong perkembangan blog Mr Runner ini.... Harapan Mr Runner, teruskan menyokong dan mengikuti perkembangan setiap gambar yang Mr Runner sajikan dan diharapkan semoga anda semua berpuas hati...

Sunday, December 30, 2012

Hot Wheels - Angry Bird

Bagi peminat game,mesti ramai yang mengenali character game Angry Bird ni... Yang merah tu namanya Red Bird, dan yang hijau tu plak adalah Minion Pig... Kereta ni Mr Runner beli kat Pasaraya Tesco dengan harga RM7.50 setiap satu... Bagi yang berminat, boleh la cari di pasaraya berhampiran anda..

Friday, December 28, 2012

Hot Wheels - Citroen C4 Rally

Model ni Mr Runner dapat hasil trade dengan rakan yang juga collector...
Tayar dan rim yang asal telah ditukar bagi menampakkan lebih realiti dari biasa...
Dari pandangan belakang...

Sunday, December 23, 2012

Mr Runner di dalam akhbar...

Merujuk kepada keratan akhbar bertarikh hari ni (23/12/2012),para follower boleh la lihat wajah sebenar Mr Runner di ruangan Hobi dalam Metro Ahad hari ni... Jutaan terima kasih Mr Runner kepada wartawan Metro Ahad,Aniza Zainudin yang sudi menjengah blog Mr Runner ni dan sudi menemuramah Mr Runner minggu lepas... Juga jutaan terima kasih Mr Runner kepada semua rakan2 dan keluarga yg banyak memberi sokongan sepanjang Mr Runner melakukan aktiviti mengumpul koleksi semua ni...