Kepada semua rakan-rakan,blogger-blogger,followers serta pengunjung yang berbangsa Cina, Mr Runner mengucapkan Selamat Tahun Baru Cina...
Di harap tahun Naga Laut yg menjelma ni,membawa tuah kepada anda...
Kepada yang berkahwin pada cuti tahun baru cina ni, Mr Runner mengucapkan Selamat Pengantin Baru,senoga berbahagia ke anak cucu...
Mr Runner sudahi post kali ini dengan pantun...
Jumpa lubang jangan diterjun,
Takut terseliuh buku lali,
Jangan sibuk bermain mercun,
Takut pagi raya hilang jari...
Limau diberi tauke kaya,
Kulit cantik isinya pun manis,
Sila berhati-hati dijalan raya,
Jangan sampai family menangis... :)
Kepada pengunjung serta followers yang disayangi,Mr Runner terpaksa berehat seketika untuk berkongsi koleksi dalam blog ni berikutan Mr Runner agak sibuk minggu ni di samping demam yang tak kebah2 dah dekat seminggu...
Kemungkinan selepas cuti menyambut Tahun BAru Cina nanti akan disambung semula bergantung pada keadaan...Harap maaf..
Dikesempatan ini Mr Runner mengucapkan Selamat Tahun Baru buat seluruh warga dunia tak kiralah buat pelbagai kaum,terutama sekali khas buat warga pengunjung dan followers blog Mr Runner yang tak seberapa ini...
Sempena tahun baru ni, Mr Runner menjanjikan koleksi terbaik untuk dikongsi kepada para pengunjung blog ini...
Azam Mr Runner tahun ni,ingin menambahkan koleksi Hotwheels dengan disulami koleksi Diecast bersaiz sederhana,tu pun kalau dimurahkan rezeki bolehlah ditambah koleksi tu...
Sekali lagi Mr Runner mengucapkan Selamat Tahun Baru 2012 kepada followers dan para pengunjung blog ini...Mr Runner ingin tamatkan sesi ini diiringi pantun..
"Pergi ke pekan tengok Subaru,
singgah membeli ubat gigi,
hajat di hati menyambut tahun baru,
ingin menambahkan koleksi lagi"